.

Friday 15 May 2015

HASAN PEKIDA KENA KELAR DGN GENG NAGA

SHAH ALAM - Pihak polis hari ini menafikan berlakunya kejadian kelar di antara Geng Naga dengan seorang lelaki Melayu yang tersebar di Whatsapp sebelum ini.

Melalui laman sosial Facebook Polis Perak, pihak polis meminta orang ramai untuk tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan. sumber http://www.sinarharian.com.my/semasa/kejadian-geng-naga-kelar-hasan-pekida-palsu-1.377579

Thursday 30 April 2015

gambar Yana samsudin dah bertudung

JAWATAN KOSONG PDRM 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) 
Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.
Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.

Wednesday 29 April 2015

TERKINI -UBAT HERBA PUNCA LEE CHONG WEI DIGANTUNG

UBATAN herba yang diberikan seorang isteri 'orang berpengaruh' kepada pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei menjadi punca penggantungan lapan bulan atas kesalahan doping ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu.

Ubat tersebut dipercayai mempunyai bahan terlarang jenis dexamethasone yang terdapat di dalam kapsul tablet yang diambilnya dua biji setiap hari.

Menurut laporan 12 halaman Badminton World Federation (BWF), sekitar 2007, ubat herba tersebut diberikan sebagai hadiah yang dibeli di sebuah kedai di Kuala Lumpur.

Menurut laporan Reuters, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihatkan Chong Wei bahawa kapsul Cordyceps adalah selamat selagi produk tersebut "Cordyceps asli" BACA LAGI

ASAL USUL HARI PEKERJA

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja. BACA LAGI

Tuesday 28 April 2015

Sunday 26 April 2015

Jubah jarang

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/jubah-terlajak-jarang-aliff-syukri-mohon-maaf-1.382351

Monday 20 April 2015

HEBAT - TUMBUHAN INI DIPELIHARA DLM TEH O

khasiat cendawan mekah
apa itu cendawan mekah
cara biak cendawan mekah

saya tengah mencari info mengenani cendawan unik ini
kepada pelawat yang mengetahui tentang cendawan ini. boleh kongsi info disini

CARA PAKAI TUDUNG CARA ROZITA CHE WAN

http://soaljawabonline.blogspot.com/2014/08/tutorial-cara-pakai-tudung-rozita-che.html

Monday 13 April 2015

PUASKAN ISTERI DENGAN TIMUN ? - APA HUKUMNYA





Dalam dunia sekarang ramai menggelar diri mereka sebagai ustaz atau ustazah walaupun ilmu agama sangat cetek. Tak kurang juga yang berlatarbelakangkan rock dan sebagainya, dengan hanya kerana mengatakan dia insaf, memakai jubah dan kopiah dan pandai bercakap kita memanggil dia ustaz.



BACA SEPENUHNYA DISINI

VIDEO - JIMAK KETIKA HAMIL - HUKUMNYA

http://soaljawabonline.blogspot.com/2015/04/video-hukum-jimak-isteri-ketika-hamil.html

Sunday 12 April 2015

NUFFNANG GOOGLE ADSENSE HARAM KE ?

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-



* 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.







* 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.









* 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.







* Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.







*
Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.







* 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.





KESIMPULAN



Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian

petikan teks dari http://www.zaharuddin.net/component/option,com_dfcontact/Itemid,107/

Friday 10 April 2015

SOLAT HAJAT BAGI AWEK SUKA KITA- BOLEH KE?

APA hukumnya menunaikan solat hajat atau berdoa agar seorang wanita menyukai kita?
Saya ada mengenali seorang wanita dan dia sudah terima saya sebagai kawan.
Tetapi apabila saya bertanya untuk mengenalinya dengan lebih rapat, dia terus menyepi sehingga sekarang.

Adakah senyap tanda setuju? Dia tidak cakap yang dia tidak mahu kerana seluruh keluarganya sudah mengenali saya.


HUSNI
Perak



TIDAK salah untuk berdoa kepada Allah dan bersolat supaya membuka hati seseorang yang kita sukai.

Berdoa dan menunaikan solat hajat dianjurkan Islam dalam semua perkara.

Bagaimanpun, Islam melarang cara yang tidak baik dan jahat seperti menggunakan bomoh, guna-guna dan sebagainya. Ia membabitkan penggunaan sihir yang diharamkan Islam.

Untuk kes anda itu, berilah masa untuk teman anda berfikir sejenak hasrat anda.

Sekiranya dia masih menyepi, mungkin anda boleh bertanya perasaannya melalui teman rapatnya atau ahli keluarga terdekat.

Biasanya seorang wanita merasa malu untuk meluahkan perasaannya secara terus.


teks dari metro

Thursday 9 April 2015

GAMBAR DUIT SYILING RM5 LAMA MALAYSIA- PERNAH TENGOK KE


HUKUM KHATAN BAGI WANITA

gambar sekadar hiasan

Hukum, Khatan Wanita & Bagaimana Rasulullah ?

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
:Kelentik wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin
29 Nov 2006
8 Zulkaedah 1427 H


sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/234-hukum-khatan-wanita-a-bagaimana-rasulullah-.html

Wednesday 8 April 2015

INILAH RUPA POKOK LAICI





 Buah laici berasal dari hutan cuaca panas di China Selatan dan juga di Vietnam. Ia telah dipelihara lebih dpd seribu tahun. Ia merupakan buah hutan yang digemari oleh orang ramai di negara-negara asia. Dengan 100gm isinya, terdapat 72mg Vitamin C. Oleh itu, ia merupakan sumber vitamin C utama, termasuklah potassium dan pelbagai nutrient lain. Mengambil laici setiap hari kemungkinan dapat membantu meburangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain.

LAFAZ NIAT PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS- RUMI DAN JAWI

5. Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Soalan:
Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap bulan, sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis boleh menghindarkan dari berbagai penyakit, boleh kah tuan guru jelaskan disini bagaimanakah niat puasa tersebut?

BACA SEPENUHNYA DISINI

VIDEO - JIMAK ISTERI PAKAI KONDOM..HUKUMNYA ?

BIODATA RINGKAS KITAB SUCI AL-QURAN


Tarikh Diturunkan : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar)
Tempoh Penurunan : 23 tahun
12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah
9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah

Ayat Terawal : Surah Al-'Alaq ayat 1-5 di Gua Hira'
Ayat Terakhir : Khilaf dikalangan ulama' ada yang mengatakan ayat 3 surah al-Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah..

Walau bagaimanapun, para ulama' tafsir telah menyatakan bahawa ayat 281 surah adalah yang terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa 'Akramah Bin Abbas telah berkata : "Ayat yang terakhir ialah ayat 281 Surah Al-Baqarah yang diturunkan pada malam ke 9 sebelum wafatnya Rasulullah".

Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3 Surah Al-Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari sebelum kewafatan baginda.

Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah sempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt ayat 281 surah Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat yang terakhir diturunkan.

Bahasa Pengantar : Bahasa Arab
Jumlah Ayat :
6236 ayat, (bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat)
Bilangan Juzuk : 30
Jumlah Surah : 114
Ayat Makkiah : 86
Ayat Madaniah : 28

Hukum-Hakam Al-Quran

a) Hukum yang berkaitan dengan Aqidah spt beriman kepada Allah, Rasul dan Hari Qiamat

b) Hukum yang berkaitan dengan keperibadian dan kemuliaan manusia iaitu persoalan Akhlak dan Tasauf

c) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf iaitu :

Pertama : Hukum yang berkaitan dengan hubungan makhluk dengan pencipta iaitu Ibadah spt solat dan puasa

Kedua : Hukum yang berkaitan dengan hubungan di antara seorang dengan individu lain atau seorang dengan masyarakat atau masayarakat dengan mesyarakat lain (negara lain). Ia dikenali sebagai Muamalat dan terbahagi kepada ;

a) Hukum yang berkaitan dengan hubungan seseorang kerana harta spt jualbeli, gadai dsb yang dikenali sebagai Kanun Madani (lebih kurang 70 ayat)

b) Hukum yang berkaitan dengan kesaksian, pengakuan dan penghakiman yang dikenali sebagai Kanun Al-Murafaat (lebih kurang 13 ayat)

c) Hukum yang berkaitan dengan jenayah dan kesalahan yang dikenali sebagai Kanun Al-Jinaie al-Islami (lebih kurang 30 ayat)

d) Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan yang menerangkan tentang hak-hak dan kewajipan individu dalam Islam, persoalan nikahcerai dsb yang dikenali sebagai Fiqh Akhwal Syahsiyyah atau Fiqh Usrah (lebih kurang 70 ayat)

e) Hukum yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan spt hubungan dan kewajipan pemerintah dan rakyat yang dikenali sebagai Kanun Al-Dusturi
(lebih kurang 10 ayat)

f) Hukum yang berkaitan dengan Ekonomi yang dikenali sebagai Kanun Al-Iqtishadiyah (lebih kurang 10 ayat)

Ciri-Ciri Ayat Makkiah

1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah

2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat dalam 15 surah.

3. Setiap surah yang terdapat perkataan "Wahai sekelian manusia" kecuali surah Al-Hajj

4.Setiap surah yang menceritakan kisah para nabi dan umat terdahulu kecuali Surah al-Baqarah

5. Setiap surah yang menceritakan kisah Adam dan Iblis kecuali Surah Al-Baqarah

6. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf hijaiah spt Alif Lam Ra, Ha Mim dsbnya kecuali Surah al-Baqarah dan Ali imran

7. Setiap surah yang mendakwahkan manusia kepada tauhid dan mengabdikan diri kepada Allah serta menceritakan tentang alam semester

8. Setiap surah yang membicarakan tentang perkara asas hukum syara' dan akhlak serta jenayah

Ciri-Ciri Ayat Madaniah

1. Setiap surah yang terdapat perkara fardhu dan hudud

2. Setiap surah yang terdapat kisah orang munafiq kecuali Al-Ankabut

3. Setiap surah yang menceritakan tentang ahli kitab

4. Setiap surah yang menerangkan tentang ibadah, muamalat, hudud, kekeluargaan, mawarith, hubungan kemasyarakatan, jihad, sistem perundangan dan hubungan antarabangsa serta persoalan perang dan perdamaian.

5. Setiap surah yang menceritakan kisah orang Yahudi dan Nasrani yang mengingkari para Rasul dan mendustakan Rasulullah SAW dan kisah mereka ketika didakwahkan kepada Islam

6. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahaya mereka kepada umat Islam


sumber : http://tayibah.com/eIslam/alquran.htm

ASAL USUL NAMA BALING KEDAH

Daerah Baling, di pendalaman negeri Kedah, terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siung. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menorah getah. Bandar ibu daerah ini juga bernama Baling. Ada berbagai cerita tentang kemunculan nama baling, termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiung, raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiung gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiung lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siungnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siungnya itu. Namun siung itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya. Apabila siungnya itu akhirnya berjaya dicabut baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siung itu jatuh dinamakan ‘Baling’.
Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Nyanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira dua ratus tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.
Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti ‘kera’. Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi ‘Baling’.

Sumber: http://sejarahmalaysia.pnm.my/

Tuesday 7 April 2015

JIMAK 2 ISTERI SERENTAK - APA HUKUMNYA

Soalan;
Apakah hukum seseorang suami apabila dia bersama dengan kedua isterinya dalam satu masa. Adakah isteri-isterinya juga menanggung dosa sekiranya berdosa. Adakah isteri-isterinya berhak untuk menolok ajakkan suaminya itu.
Demangz :Tapi istri kan harus taat pd suami….disini yg salah bagi saya ialah perkara tersebut terkeluar dijadikan bahan bahas…..perkara ini adalah rahsia suami istri….
Jawapan : BACA DISINI

KISAH SERAM TESCO MERGONG


Kisah Seram Tesco Mergong

Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.


 Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.
Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerjaTESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.
Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang diasering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejukapabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.

Monday 6 April 2015

ISTERI MAHU DI LIWAT - SOAL JAWAB


APA hukumnya jika suami ingin meliwat isteri dengan alasan hubungan halal dan dia berhak melakukan apa saja kepada isteri demi menambah keintiman.

Apa pula hukumnya jika isteri menolak, adakah isteri berdosa kerana tidak mahu mengikut kehendak suami hinggakan suami bermasam muka. Apakah yang perlu isteri lakukan?

NANA
Petaling Jaya


Bagi suami isteri, hubungan kelamin dihalalkan dengan pelbagai aksi yang boleh mendatangkan keintiman kecuali meliwat isteri, yakni mendatangi melalui dubur atau menjimak isteri ketika haid.


Selain dua perkara ini, suami boleh mendatangi isteri seperti mana disukai.
Isteri berhak menolak kehendak suami yang bertentangan dengan syariah.

Ia tidak salah berdasarkan hadis yang mengatakan: “Tidak ada ketaatan pada perkara yang mendatangkan maksiat kepada Allah al-Khaliq.”

Nasihatkan suami supaya mencari yang halal. Banyak lagi aksi halal boleh mendatangkan keintiman tanpa perlu melanggar larangan Allah.

sumber : http://www.hmetro.com.my

BIODATA NABI MUHAMMAD YANG PERLU ANDA TAHU


§ NAMA: 
MUHAMMAD BIN ABDULLAH

BAPA: 
ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM BIN ABD. MANAF BIN QUSAY BIN KILAB BIN MURRAH

IBU:  
AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN KILAB BIN MURRAH

NENEK ( SEBELAH BAPA ): 
FATIMAH BINTI UMAR AL-MAKHZUMIYAH

NENEK ( SEBELAH IBU ): 
BURRAH BINTI ABDUL UZZA BIN USMAN BIN ABDUL DAR BIN QUSAY BIN MURRAH

TARIKH LAHIR: 
ISNIN SEBELUM TERBIT MATAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 53 SEBELUM HIJRAH 570 MASIHI 

TEMPAT LAHIR: 
MAKKAH AL- MUKARAMAH BERHAMPIRAN BUKIT SOFA ( RUMAH ABU TALIB )

TARIKH DIANGKAT MENJADI NABI:
27 RAMADHAN, TAHUN KE 13 SEBELUM HIJRAH/609 MASIHI ( GUA HIRA’ ) MAKKAH AL- MUKARAMAH

WAFAT: 
ISNIN SEBELUM TENGAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 11 HIJRAH/632MASIHI DI MADINA


JANTINA: 
PENGHULU LELAKI

AGAMA: 
PENGHULU AGAMA ISLAM

ALAMAT: 
MAKKAH AL-MUKARAMAH,KEMUDIAN HIJRAH KE MADINAH AL-MUNAWARRAH (MASJID NABI)

PEKERJAAN: 
1) PENGEMBALA KAMBING 
2) BERNIAGA ( SEHINGGA BERUMUR 40 TAHUN ) 
3) BERTUGAS SECARA RESMI SEBAGAI NABI/RASUL ( MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH )

TANDA ISTIMEWA: 
1) COP KENABIAN DIANTARA 2 BAHU 
2) SENTIASA DI NAUNGI OLEH BAYANGAN AWAN KEMANA SAHAJA BAGINDA PERGI

SIFAT:  
WAJAH PUTIH BERSIH BERSERI/BERCAHAYA, MATA HITAM, RANBUT HITAM, KETINGGIAN SEDERHANA DAN DADA BIDANG

4 SIFAT-SIFAT TERPUJI: 
1) SIDDIQ -BERKATA BENAR
2) AMANAH- BOLEH DIPERCAYAI
3) TABLIGH- PENYAMPAI AJARAN ISLAM
4) FATANAH- BIJAKSANA

KEISTIMEWAAN: 
PEMBAWA RAHMAT SEKELIAN ALAM

WARNA KEGEMARAN: 
HIJAU, HITAM, MERAH DAN PUTIH

 MAKANAN KEGEMARAN:
KURMA, BALI, BUAH TIN & ANGGUR

SUKAN KEGEMARAN:
MENUNGGANG KUDA, MEMANAH & BERENANG


 PEPERANGAN YANG DISERTAI:
1) PERANG BADAR
2) PERANG UHUD
3) PERANG BANI NADHIR
4) PERANG KHANDAK
5) PERANG BANI QURAZHAH
6) PERANG KHAIBAR
7) PERANG FATHU MAKKAH
8) PERANG HUDAIBIYYAH
9) PERANG TABUK

NAMA BIDAN:  
SHIFA BINTI AUF ( UMMU ABD.RAHMAN )

NAMA PENJAGA: 
UMMU AIMAN

NAMA PENYUSU: 
1) TSUWAIBAH AL-ASLAMIAH 
2) HALIMAH BINTI DZUAIB AS-SAADIAH

SAUDARA SESUSUAN: DARIPADA TSUWAIBAH:
1) ABDULLAH BIN JAHAY
2) HAMZAH BIN ABD. MUTALIB 
3) ABU SALAMAH BIN ABD. ASAD 
4) MASRUH BIN TSUWAIBAH ( DARIPADA HALIMAH ):
  1) ABDULLAH BIN AL-HARITH 
2) ANISAH BINTI AL-HARITH 
3) HUZAIFAH BIN AL-HARITH

 BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
 (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

BAPA SAUDARA:
1) AL-HARITH
2) MUQAWWAM
3) HAMZAH *
4) AL-ABBAS *
5) ABU TALIB
6) ABU LAHAB (ABDUL UZZA)
7) ABDUL KAABAH
8) HIJL
9) ZIRAR
10) GHAIDAQ

IBU SAUDARA:
1) UMAIMAH
2) ATIKAH #
3) ARWA #
4)
UMAIMAH
5) BARRAH
6)
AL-BIDHA (UMMU HAKIM)
7) SAFIAH *

 
* Sempat masuk Islam.
# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

12 ISTERI – ISTERI RASULLULLAH:
  • SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.H
  • SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H
  • AISHAH BINTI ABU BAKAR R.H
  • HAFSAH BINTI UMAR R.H
  • ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H
  • UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H
  • ZAINAB BINTI JAHSY R.H
  • JUWAIRIAH BINTI AL-HARITH R.H
  • SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H
  • UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H
  • MAIMUNAH BINTI AL-HARITH R.H
  • MARIAH BINTI SYAM’UN R.H
7 ANAK-ANAK RASULULLAH:
  • AL-QOSIM R.A
  • ABDULLAH R.A
  • IBRAHIM R.A
  • ZAINAB R.H
  • RUQAYYAH R.H
  • UMMU KALTHUM R.H
  • FATIMAH R.H
10 CUCU-CUCU RASULULLAH:
  • ALI R.A
  • ABDULLAH R.A
  • AL –HASSAN R.A
  • AL-HUSAIN R.A
  • YAHYA R.A
  • MUHAMMAD R.A
  • UMAMAH R.H
  • UMMU KALTHUM R.H
  • ZAINAB R.H
  • RUQAYYAH R.H
BINATANG KESAYANGAN NABI:
  • 4 EKOR KALDAI( KELDAI KESAYANGAN RASULULLAH BERNAMA DUL- DUL)
  • 20 EKOR UNTA ( UNTA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA ATBA )
  • 20 EKOR KUDA ( KUDA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA YA’AFUR )
BIODATA ISTERI – ISTERI RASULLULLAH
Berdasarkan kepada hadis-hadis, ketahuilah mencintai keluarga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallamadalah wajib dan haram hukumnya membenci mereka sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Sesiapa yang mencintai keluargaku maka wajib bersamaku di dalam syurga dan sesiapa yang membenci keluargaku maka haram baginya mendapatkan syafa’atku nanti di hari kiamat.”
ISTERI PERTAMA:
  • NAMA: SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.H
  • BAPA: KHUWAILID BIN ASAD BIN ABD.UZZA BIN QUSAI BIN KILAB
  • IBU: FATIMAH BINTI ZAIDAH
  • TARIK LAHIR: TAHUN KE 68 SEBELUM HIJRAH
  • TARIKH KAHWIN: TAHUN KE 28 SEBELUM HIJRAH
  • MAHAR: 20 EKOR UNTA( MUDA ) BETINA
  • TEMPOH BERKAHWIN: 25 TAHUN
  • ANAK ANAK BERSAMA NABI: 1) ZAINAB R.H 2) AL-QOSIM R.A 3) RUQAYYAH R.H 4) UMMU KALTHUM R.H 5) FATMAH R.H 6) ABDULLAH R.A
  • SUAMI TERDAHULU: 1) AN-NABASH BIN ZARARAH AT-TAIMIY ( ABU HALAH ) 2) ATIQ BIN ABID AL-MAKHZUMI
  • KEISTIMEWAAN : 1) MANUSIA PERTAMA YANG MASUK ISLAM 2) RASULULLAH TIDAK BERPOLIGAMI KETIKA HAYAT SITI KHADIJAH R.H 3) WANITA PALING TERHORMAT DIKALANGAN KAUMHYA DARI SEGI KETURUNAN,KEKAYAAN DAN KEPINTARAN
  • WAFAT: TAHUN KETIGA SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
ISTERI KEDUA:
  • NAMA: SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H
  • BAPA: ZAMAH BIN QAIS BIN ABD.SHAMS
  • IBU: AL-SHUMUS BINTI QAIS BIN ZAID
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 68 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIKH KAHWIN: BULAN SYAWAL TAHUN KE 10 KENABIAN( TAHUN KE 3 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 14 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: RASULULLAH MEMINANGNYA SELEPAS KEWAFATAN KHADIJAH R.H UNTUK MENJAGA ANAK-ANAKNYA
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI ( TIADA )
  • SUAMI TERDAHULU: AL-SAKRAN BIN AMRU ( ADA 5 ANAK )
  • KEISTIMEWAAN: 1) WANITA PERTAMA DINIKAHI SELEPAS KEWAFATAN SITI KHADIJAH R.H 2) SANGAT PANDAI BERGURAU SERTA BERJENAKA DENGAN RASULULLAH
  • WAFAT: SYAWAL AKHIR PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR R.A DI MADINAH
ISTERI KETIGA:
  • NAMA: AISHAH BINTI ABU BAKAR R.A
  • BAPA: ABU BAKAR ASSIDDIQ R.A
  • IBU: ZAINAB ( UMMU RUMAN ) BINTI AMIR BIN UWAIMIR
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 9 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIK BERKAHWIN: BULAN SYAWAL TAHUN KE11 KENABIAN( TAHUN KEDUA SEBELUM HIJRAH ) DI MAKKAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN : 13 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MERAPATKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN SAIDINA ABU BAKAR R.A
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • ANAK DARA
  • KEISTIMEWAAN: 1) WANITA YANG PALING ALIM DALAM PENGETAHUAN AGAMANYA 2) TURUN WAHYU KHUSUS MEMBERSIHKANNYA DARI FITNAH DALAM PERISTIWA HADITH AI-IFKI
  • WAFAT: RAMADHAN TAHUN KE 58 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KEEMPAT:
  • NAMA: HAFSAH BINTI UMAR R.H
  • BAPA: UMAR AL-KHATTAB R.A
  • IBU: ZAINAB BINTI MAZH’UN
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE-18 SEBELUM HIJRAH,DI MAKKAH
  • TARIKH BERKAHWIN: TAHUN KE-3 HIJRAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 8 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MERAPATKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN BAPANYA,SAIDINA UMAR DAN MEMULIAKAN SUAMIYA YANG SYAHID DALAM PEPERANGAN UHUD
  • ANAK-ANAK BER SAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: KHUNAYS BIN HUDHAFAH
  • KEISTIMEWAAN: 1)ORANG YANG PANDAI MENULIS DAN BER BAHASA 2)PERNAH DI CERAI OLEH RASULULLAH LALU DATANG JIBRIL MEMERINTAHKAN RUJUK
ISTERI KELIMA:
  • NAMA: ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H
  • BAPA: KHUZAIMAH BIN AL-HARITH BIN ABDULLAH
  • IBU: HINDUN BINTI AUF
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE-26 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIKH BERKAHWIN: PENGHUJUNG 3 HIJRAH/AWAL 4 HIJRAH DI MADINAH
  • TEMPOH BER KAHWIN: 2 HINGGA 3 BULAN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MEMULIAKAN SUAMINYA YANG SYAHID DALAM
  • PEPERANGAN UHUD
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: ABDULLAH BIN JAHSY,SAUDARA SESUSU RASULULLAH
  • KEISTIMEWAAN: 1)DIGELAR UMMU AL-MASAKIN(IBU ORANG-ORANG MISKIN)KERANA SIKAPNYA YANG PENYAYANG DAN KELEMBUTANYA TER HADAP MAREKA 2)MATI SEMASA HAYAT RASULULLAH
  • WAFAT: RABIUL AKHIR TAHUN KE-4 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KEENAM:
  • NAMA: UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H
  • BAPA: AL-MUGHIRAH(ABU UMAYYAH)
  • IBU: ATIKAH BINTI AMIR
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE-30 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIKH BERKAHWIN: SYAWAL TAHUN KE-4 HIJRAH DI MADINAH
  • TEMPOH BERKAHWIN: 7 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MEMECAH TEMBOK PEMUSUHAN DENGAN KABILAH BANI MAKHZUN TERHADAP ISLAM DAN MEMADAMKAN KEBENCIAN MEREKA
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: ABDULLAH BIN ABDUL ASAD(ABU SALAMAH)
  • KEISTIMEWAAN: 1)WANITA PERTAMA HIJRAH KE HABSYAH 2)PARAS CANTIK DAN AKAL PINTAR 3)SALAH SEORANG AHLI MESYUARAT DALAM PERISTIWA HUDAIBIAH
  • WAFAT: SYAWAL TAHUN KE-60 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KETUJUH:
  • NAMA: ZAINAB BINTI JAHSY R.H
  • BAPA: JAHSY BIN RIAB
  • IBU: AMINAH BINTI ABD. MUTTALIB
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 30 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIKH BERKAHWIN: ZULKAEDAH TAHUN KE 5 HIJRAH DI MADINAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 6 TAHUN
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: ZAID BIN HARITHAH( ANAK ANGKAT RASULULLAH
  • KEISTIMEWAAN: 1) KUAT BERIBADAH , HADITH RASULULLAH “ SESUNGGUHNYA ZAINAB BINTI JAHSY R.H ADALAH SEORANG AWWHAH. NABI DITANYA APAKAH ITU AWWHAH YA RASULULLAH? KHUSYUK DAN RENDAH DIRI BILA BERIBADAH KEPADA ALLAH” 2) YANG PALING BANYAK BERSEDEKAH DAN MERAIKAN ORANG MISKIN 3) PERKAHWINAN DENGAN RASULLLAH ADALAH PERINTAH LANGSUNG DARI ALLAH
  • WAFAT: TAHUN KE 20 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KELAPAN:
  • NAMA: JUWAIRIYAH BINTI AL-HARITH R.H
  • BAPA: AL-HARITH BIN DHARAR
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 16 SEBELUM HIJRAH
  • TARIKH BERKAHWIN: SHA’BAN TAHUN KE5 HIJRAH ( SELEPAS PERISTIWA PEPERANGAN BANI MUSTALAQ
  • MAHAR: 400 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 6 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: TAWANAN PERANG BANI MUSTALAQ YANG DI BEBASKAN OLEH RASULULLAH DAN KEMUDIAN DI NIKAHI BAGINDA
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: MUSAFI BIN SAFWAN
  • KEISTIMEWAAN: BANYAK BERPUASA DAN BERIBADAH
  • KATA AISHAH R.H: “TIDAK AKU KETAHUI SEORANG WANITA YANG PALING BESAR KEBERKATAN TERHADAP KAUMNYA MELAINKAN DIA”
  • WAFAT: TAHUN KE 56 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KESEMBILAN:
  • NAMA: SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H
  • BAPA: HUYAI BIN AKHTAB
  • IBU: BARRAH BINTI SAMUAL
  • TARIKH LAKIR: TAHUN KE 10 SEBELUM HIJRAH
  • TARIKH BERKAHWIN: TAHUN KE7 HIJRAH DALAM PERJALANAN BALIK DARI PERANG KHAYBAR
  • MAHAR: BEBAS DARI MENJADI TAWANAN KHAYBAR
  • TEMPOH BERKAHWIN: 4 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: PEMBEBASAN DARI TAWANAN PERANG
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: 1) SALAM BIN MISHKAM 2) KINANAH BIN RABIE
  • KEISTIMEWAAN: SANGAT BERLEMAH LEMBUT DAN BERSIKAP BENAR
  • WAFAT: TAHUN KE 50 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KESEPULUH:
  • NAMA: UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H
  • BAPA: ABU SUFIYAN SOKHR BIN HARB
  • IBU: SUFIYYAH BINTI ABI AL-ASH
  • TARIKH LAHIR: THAN KE 24 SEBELUM HIJRAH
  • TARIKH BERKAHWIN: TAHUN KE 7 HIJRAH SELEPAS PULANG DARI KHAYBAR
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 4 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MEMPERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ABU SUFIYAN
  • ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • KEISTIMEWAAN: BERHIJRAH KE HABSHAH BERSAMA SUAMINYA DAN SUAMINYA MENINGGAL DI SANA. NABI MEMINANG BELIAU MELALUI RAJA NAJASYI. RAJA NAJASYI TELAH MEMBAYAR MAHARNYA SEBANYAK 500 DIRHAM.
  • WAFAT: TAHUN KE 44 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KESEBELAS:
  • NAMA: MAIMUNAH BINTI AL-HARITH R.H
  • BAPA: AL-HARITH BIN HUZN AL- HILALI
  • IBU: HINDUN BINTI AUF
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 18 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIK BERKAHWIN: ZULKAEDAH TAHUN KE 7 HIJRAH SELEPAS PERISTIWA UMRAH AL QADHA DI MAKKAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 4 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MENYEBARKAN SYIAR ISLAM
  • ANAK ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • KEISTIMEWAAN: 1) PALING BERTAQWA 2) PALING BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYAMBUNG SILATURRAHIM
  • SAIDINA AISYAH R.H BERKATA: “ BELIAU ADALAH YANG PAING BERTAQWA DI KALANGAN KAMI ( ISTERI-ISTERI RASULULLAH ) DAN YANG PALING BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYAMBUNG SILATURRAHIM
  • WAFAT: TAHUN KE 51 HIJRAH DI MAKKAH
ISTERI KEDUABELAS:
  • NAMA: MARIAH BINTI SYAM’UN R.H
  • BAPA: SYAM’UN ( AL-QIBTIYYAH )
  • TARIKH LAHIR: ASYUT,MESIR
  • KAHWIN BERKAHWIN: TAHUN KE 7 HIJRAH DI MADINAH
  • MAHAR: HADIAH DARI RAJA MUQAWQIS
  • TEMPOH BERKAHWIN: 4 TAHUN
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: IBRAHIM R.A
  • KEISTIMEWAAN: SATU SATUNYA ISTERI YANG MEMPUNYAI ZURIAT SELEPAS SITI KHADIJAH R.H
  • WAFAT: TAHUN KE 12 HIJRAH DI MADINAH
10 SAHABAT RASULULLAH YANG DIJAMIN SYURGA:
  • ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A
  • UMAR BIN KHATTAB R.A
  • USMAN BIN AFFAN R.A
  • ALI BIN ABU TALIB R.A
  • THALHAH BIN UBAIDILLAH R.A
  • ZUBAIR BIN AWWAM R.A
  • SAAD BIN ABI WAQAS R.A
  • SAID BIN ZAID R.A
  • ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A
  • ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH R.A
PERKARA YANG KHUSUS KEPADA RASULULLAH:
  • MUSUH MERASA TAKUT SEBELUM MENEMUI RASULULLAH DALAM JARAK TEMPOH SEBULAN ( HADITH RIWAYAT BUKHARI )
  • RASULULLAH DI ANUGERAHI KEFASIHAN DALAM BERBICARA ( RIWAYAH MUSLIM )
  • MAKSUM ( TERPELIHARA DARI DOSA )
  • KELUARGA DAN KETURUNANNYA DILARANG MENERIM ZAKAT DAN SEDEKAH
  • DIANTARA KEDUA BAHUNYA ADA TANDA KENABIAN
  • QIMULAILDI WAJIBKAN BAGINYA
  • SAAD MATANYA TERPEJAM HATINYA TETAP TERJAGA ( HADITH RIWAYAT BUKHARI )
  • JANDA RASULULLAH DILARANG MENIKAHI OLEH SESIAPA
  • ALLAH MENGIZINKAN MENIKAHI WANITA MELEBIHI 4 ORANG
  • PEMIMPIN BANI ADAM
  • PENUTUP PARA NABI DAN ALLAH MENGUTUSKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA ( HADITH RIWAYAT MUSLIM )
10 AMANAT TERAKHIR RASULULLAH ( KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH ):
  • MENJAGA JIWA DAN HARTA SETIAP ORANG MUSLIM SEBAGAI AMANAH SUCI
  • JANGAN KAMU SAKITI SESIAPA PUN AGAR ORANG LAIN TIDAK MENYAKITI KAMU
  • MENGINGATI HARI KEMATIAN DAN HARI PEMBALASAN
  • RIBA’ ADALAH DI HARAMKAN DI SISI ISLAM
  • BERWASPADA TERHADAP GODAAN SYAITAN DEMI KESELAMATAN AGAMA ISLAM WALAUPUN DALAM HAL-HAL YANG KECIL
  • MENJAGA KEHARMONIAN SUAMI ISTERI
  • MENGHARAMKAN ZINA
  • SEMPURNAKAN LIMA (5) RUKUN ISLAM
  • MENGEKALKAN IKATAN SILATURAHIM SESAMA ISLAM(SEMUA UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA)
  • BERPEGANG TEGUH KEPADA AI-QURAN DAN SUNNAH

Sunday 5 April 2015

INILAH RUPA POKOK ASAM MASIN A.K.A ASAM BOi

hukum kawin sepupu

Saya Abu (bukan nama sebenar) mempunyai teman wanita bernama Zainab (bukan nama sebenar), dan kami ini adalah sepupu rapat, iaitu ayah kandung saya dan ayah kandung Zainab adalah adik beradik LELAKI. Ayah saya anak pertama, ayah Zainab anak kedua. Persoalannya ialah, bolehkah saya, Abu berkahwin dgn Zainab? (iaitu sepupu sendiri yg memang rapat hubungan keluarga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik kandung). Adakah akan muncul masalah wali? Adakah haram kami berkahwin? Kerana ada yang mengatakan kami tidak boleh berkahwin kerana waris kuat? Dan kerana saya boleh menjadi wali kepada Zainab? Dan juga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik, maka akan muncul masalah wali, waris dikemudian hari. Saya berharap sangat ustaz dapat membantu saya dengan menjawab persoalan ini. Saya insan yg hina lagi jahil tentang agama, bantulah saya dengan memberi keterangan yang jelas mengenai isu kahwin sepupu ini.
Jawapan:
Wa alaikumussalam. Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”
Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.
Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:
1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”
2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).
Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.
Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat. Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan. Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.
Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.
Wallahu a’lam.
Disediakan oleh:
Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat Majlis Ulama ISMA

SUMBER : http://www.blogammar.com/hukum-mengahwini-sepupu/

'