.

Saturday 4 April 2015

puaskan nafsu isteri guna terung timun- apa hukumnya





SAYA bakal berkahwin dua bulan lagi. Baru-baru ini bakal suami bercerita kepada saya perihal seorang ustaz yang mengatakan ‘harus’ seseorang suami memasukkan buah timun atau terung atau sebentuk dengannya ke dalam faraj isteri dengan tujuan memuaskan lagi nafsu si suami ketika melakukan seks.

Adakah benar pendapat ustaz itu dan adakah si isteri terpaksa merelakan perbuatan suaminya? Saya bimbang bakal suami mahukan aksi sebegitu apabila kami berkahwin.

ANIS




Dalam dunia sekarang ramai menggelar diri mereka sebagai ustaz atau ustazah walaupun ilmu agama sangat cetek. Tak kurang juga yang berlatarbelakangkan rock dan sebagainya, dengan hanya kerana mengatakan dia insaf, memakai jubah dan kopiah dan pandai bercakap kita memanggil dia ustaz.

Justeru dalam Islam, Rasulullah berpesan supaya melihat daripada siapa kita meminta pandangan berkaitan agama.

Demi memuaskan nafsu seks, Islam mengharuskan suami mendatangi isteri daripada pelbagai posisi tetapi tidak sampai menyakiti isteri dengan memasukkan benda lain selain organ suami.


Memasukkan mentimun atau terung ke dalam faraj isteri bagi mencari kepuasan sendiri adalah amalan seks di luar batasan yang tidak pernah diharuskan Islam.

Jika bakal suami menjaga kesihatannya dengan baik serta mengikut cara disunnahkan Islam, dia akan bertemu kepuasan yang diharuskan Islam

teks dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Permintaansongsangbakalsuami/Article/indexp_html




No comments:

Post a Comment

'